Social Icons

Sunday 8 September 2013

LORONG PPDA SKBU

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

    Baiklah entry kali ini admin akan menceritakan tentang Pertandingan Lorong PPDA SKBU..ya apa itu PPDA? PPDA adalah PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH di mana setiap sekolah mempunyai sudut/lorong PPDA. Lorong PPDA ini diadakan bertujuan bagi mendidik warga sekolah khususnya murid-murid yang semakin meningkat dewasa tentang bahaya najis dadah. 
    Pertandingan keceriaan lorong PPDA ini telah disertai oleh semua sekolah daerah Klang. Antara aspek penilaian yang akan dinilai adalah program berkaitan Anti Dadah yang telah dijalankan, penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan info-info yang terdapat di sekolah beserta gambar. 
    Sekolah Kebangsaan Batu Unjur tidak terlepas peluang untuk menyertai pertandingan ini di mana pada hari Isnin yang lalu 2.9.2013, pihak sekolah telah didatangi empat orang pengadil untuk mengadili pertandingan ini. Para pengadil sangat berpuas hati dengan info yang telah disediakan dalam masa yang sama kami sempat bertukar-tukar fikiran untuk menceriakan lagi lorong PPDA ini.
   Pihak sekolah juga menjalankan Hari Anti DADAh di mana pihak sekolah menjemput penceramah dari Agensi Dadah Kebangsaan, mengadakan pertandingan mewarna, persembahan dan sebagainya. Pihak sekolah berusaha gigih untuk memupuk rasa benci akan dadah kepada murid-murid supaya dapat melahirkan murid-murid yang bebas dari dadah.
    Diharapkan dengan adanya usaha ini, warga sekolah dapat pelbagai input menenai rokok serta dadah dan dapat membantu menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah.

KAMI BENCI DADAH! 












No comments:

Post a Comment