Pada minggu ini pihak sekolah sedang menjalankan program LINUS (Literasi & Numerasi) bagi murid tahun 1,2 dan 3. Program ini merupakan satu program pemulihan bagi memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas literasi (membaca&menulis) dan numerasi (mengira) sepanjang 3 tahun sesi persekolahan.
Untuk makluman program LINUS ini termasuk di dalam sub NKRA iaitu setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Justeru pihak sekolah meminta semua guru dan ibu bapa berganding bahu untuk memastikan tiada murid-murid masih gagal untuk menguasai kemahiran asas yang telah dinyatakan. Jika guru berusaha di sekolah diharapkan ibu bapa turut memantau perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah. Pihak sekolah yakin dan percaya sekiranya usaha sama ini dijalankan insyallah murid-murid SKBU akan menguasai kemahiran asas LITERASI & NUMERASI.
Friday, 20 September 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment