Social Icons

Thursday 22 August 2013

BULAN KEMERDEKAAN


Pada tarikh 19 Ogos 2013, sekolah telah mengadakan SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN yang mana program ini dijalankan bagi memperingati hari kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 31 Ogos 1957. Selain itu juga program ini dijalankan bertujuan dapat menerapkan semangat patriotisme dikalangan seluruh warga SKBU. Program ini telah dirasmikan oleh En Hud Bin Abd Ghani, guru besar Sekolah Kebangsaan Batu Unjur.
Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan seperti persembahan koir, lakonan, kuiz dan sebagainya yang mana dapat menyemarakkan lagi semangat menyambut BULAN KEMERDEKAAN yang secara rasminya akan disambut pihak sekolah pada 30 OGOS 2013.


No comments:

Post a Comment