Social Icons

Wednesday 17 July 2013

MESYUARAT LINUS & SPPBS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada hari ini 17 Julai 2013, guru-guru sesi petang telah menghadiri mesyuarat LINUS & SPPBS pada pukul 12.30 pm di bilik gerakan SKBU. Guru-guru telah diberi taklimat oleh Pn Mas Edayu. Antara agenda utama mesyuarat tersebut adalah mengenai "PROGRAM ANAK ANGKAT" di mana setiap guru telah ditetapkan anak angkat seramai dua orang. 
Program ini bertujuan bagi membimbing murid-murid yang berada pada tahun 1,2 dan 3 yang mana mempunyai masalah pembelajaran dalam Literasi dan Numerasi. Setiap guru diberi modul yang boleh digunakan sepanjang menjalankan program ini.
Tahniah dan syabas buat Unit Akademik (LINUS) PPD Klang kerana menjalankan "PROGRAM ANAK ANGKAT" yang mana langkah ini dilihat dapat membantu sekolah khususnya warga guru bagi memastikan kejayaan murid menguasai Literasi dan Numerasi.
Slot kedua pula, guru-guru diberi taklimat mengenai data SPPBS dari Cik Adlina Bt Ujang. Setiap guru diminta untuk sentiasa mengemaskini data-data pencapaian murid, kepentingan Rekod Transit kepada guru dan murid dan berbincang mengenai pengurusan instrumen yang akan dijalankan di dalam kelas. 
Guru-guru telah memperoleh pelbagai input yang berguna dari mesyuarat tersebut dan insyallah akan menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan bertanggungjawab.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment