Social Icons

Monday, 23 September 2013

KEM WAJA DIRI SKBU 2013

    Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah mengadakan KEM WAJA DIRI 2013 bertempat di KEM Bayu Manis Bukit Kerayong pada 7&8 September 2013 yang lalu. Kem ini telah dihadiri seramai 60 orang murid SKBU dan 15 orang guru pembimbing.
    Program di bawah unit kokurikulum ini diadakan bertujuan membentuk jati diri pelajar disamping mengasah bakat kepimpinan dalam diri murid-murid. Untuk makluman semua, murid-murid yang menyertai kem ini terdiri dari murid-murid tahun 5 dan 6 ketua dan penolong kelas serta pengawas sekolah.
    Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya flying fox, wall climbing, night walk, aktiviti kumpulan, ihtiar hidup, persembahan kumpulan dan jungle trekking. Murid-murid sangat seronok sepanjang menjalani aktiviti yang telah disediakan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada unit kokurikulum di bawah bimbingan En Abd Rahman Bin Yaakob kerana dapat menjalankan aktiviti yang sangat berfaedah. 
    Semoga para peserta mendapat pelbagai manfaat sepanjang menyertai Kem Waja Diri SKBU 2013!























Friday, 20 September 2013

    Pada minggu ini pihak sekolah sedang menjalankan program LINUS (Literasi & Numerasi) bagi murid tahun 1,2 dan 3. Program ini merupakan satu program pemulihan bagi memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas literasi (membaca&menulis) dan numerasi (mengira) sepanjang 3 tahun sesi persekolahan.
    Untuk makluman program LINUS ini termasuk di dalam sub NKRA iaitu setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Justeru pihak sekolah meminta semua guru dan ibu bapa berganding bahu untuk memastikan tiada murid-murid masih gagal untuk menguasai kemahiran asas yang telah dinyatakan. Jika guru berusaha di sekolah diharapkan  ibu bapa turut memantau perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah. Pihak sekolah yakin dan percaya sekiranya usaha sama ini dijalankan insyallah murid-murid SKBU akan menguasai  kemahiran asas LITERASI & NUMERASI.

Monday, 9 September 2013

UPSR

    Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki UPSR bagi murid-murid tahun 6 2013, semoga segala usaha yang telah dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru dapat memberi kecemerlangan kepada murid-murid SKBU khususnya. Justeru, sepanjang peperiksaan berjalan pihak sekolah mengadakan bacaan yassin memohon keberkatan supaya murid-murid dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan Insyallah.
    Untuk makluman juga sepanjang peperiksaan berlangsung, murid tahun 1-5 dikecualikan hadir ke sekolah (direhatkan) bagi melancarkan lagi perjalanan UPSR tahun 2013. Sama-samalah kita berdoa agar anak-anak kita dipermudahkan untuk menjawab soalan amin..


Sunday, 8 September 2013

VLE FROG



Apakah itu 1BestariNet dan VLE Frog?

1BestariNet
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. 

VLE Frog
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Maklumat diperoleh dari laman portal Yes 1BestariNet.






LORONG PPDA SKBU

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

    Baiklah entry kali ini admin akan menceritakan tentang Pertandingan Lorong PPDA SKBU..ya apa itu PPDA? PPDA adalah PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH di mana setiap sekolah mempunyai sudut/lorong PPDA. Lorong PPDA ini diadakan bertujuan bagi mendidik warga sekolah khususnya murid-murid yang semakin meningkat dewasa tentang bahaya najis dadah. 
    Pertandingan keceriaan lorong PPDA ini telah disertai oleh semua sekolah daerah Klang. Antara aspek penilaian yang akan dinilai adalah program berkaitan Anti Dadah yang telah dijalankan, penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan info-info yang terdapat di sekolah beserta gambar. 
    Sekolah Kebangsaan Batu Unjur tidak terlepas peluang untuk menyertai pertandingan ini di mana pada hari Isnin yang lalu 2.9.2013, pihak sekolah telah didatangi empat orang pengadil untuk mengadili pertandingan ini. Para pengadil sangat berpuas hati dengan info yang telah disediakan dalam masa yang sama kami sempat bertukar-tukar fikiran untuk menceriakan lagi lorong PPDA ini.
   Pihak sekolah juga menjalankan Hari Anti DADAh di mana pihak sekolah menjemput penceramah dari Agensi Dadah Kebangsaan, mengadakan pertandingan mewarna, persembahan dan sebagainya. Pihak sekolah berusaha gigih untuk memupuk rasa benci akan dadah kepada murid-murid supaya dapat melahirkan murid-murid yang bebas dari dadah.
    Diharapkan dengan adanya usaha ini, warga sekolah dapat pelbagai input menenai rokok serta dadah dan dapat membantu menyedarkan masyarakat tentang bahaya dadah.

KAMI BENCI DADAH! 












Wednesday, 4 September 2013

LATIHAN SUKAN SKBU

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
    Pada hari ini (4 September 2013) pihak sekolah telah mengadakan latihan rumah sukan pagi dan petang mengikut rumah sukan masing-masing. Selaras dengan hasrat kerajaan dalam melancarkan kempen 1 Murid 1 Sukan, latihan sukan ini secara tidak langsung menyambut baik hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang aktif dalam sukan.
    Latihan sukan ini diadakan untuk memilih para peserta yang berbakat dalam setiap acara kejohanan sukan yang akan dipertandingkan pada setiap tahun. Selain itu juga para guru dapat mengasah bakat sukan dalam diri murid-murid disamping dapat mengenalpasti murid-murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam acara sukan.
    Latihan bagi sesi pagi diadakan pada sebelah petang manakala sesi petang diadakan pada pukul 5 pm. Murid tahap II akan mengambil bahagian dalam acara balapan manakala murid tahap I akan mengambil bahagian dalam acara sukaneka. 
    Pihak sekolah dijangka akan mengadakan temasya sukan pada pertengahan bulan ini, justeru latihan ini dilihat mampu menyediakan murid dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi temasya sukan sekolah nanti. Pihak sekolah juga percaya para guru dan murid-murid sedang giat menyusun strategi buat rumah sukan masing-masing untuk membuat yang terbaik pada hari temasya sukan tersebut.

Sekian terima kasih.

Murid sedang mendengar taklimat oleh guru
Guru sedang memilih peserta yang terbaik

Murid sangat bersemangat untuk menunjukkan bakat


Antara peralatan yang digunakan


Murid dan guru sangat bersemangat menjalankan latihan sukan

Tuesday, 3 September 2013

MERDEKA!

    Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan pada 30 Ogos 2013. Dengan kerjasama yang erat dikalangan warga sekolah, sambutan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Majlis sambutan ini dilakukan pada dua sesi persekolahan. Warga sekolah khususnya murid-murid sangat bersemangat meraikan hari bersejarah ini.
    Acara dimulakan dengan perbarisan Kadet Remaja Sekolah Batu Unjur untuk penyerahan bendera jalur gemilang kepada pentadbir sekolah. Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada hari tersebut antaranya pertandingan mewarna, persembahan murid dan guru-guru.
    Alhamdulillah majlis sambutan ini berjalan dengan lancar dan jaya. Diharapkan majlis sambutan Hari Kemerdekaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme dikalangan warga sekolah.
    
Selamat Hari Merdeka!