Social Icons

Featured Posts

Tuesday 8 April 2014

Tuan Rumah Kejohanan Kriket 2014


          Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah menjadi tuan rumah Kejohanan Kriket MSSD Klang 2014 yang telah berlangsung selama 3 hari. Kejohanan kriket ini disertai oleh 8 buah sekolah dalam daerah klang. Sepanjang kejohanan berlangsung, para pemain menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tidak kurang  juga komitmen yang ditunjukkan oleh pengurus pasukan sehinggalah pegawai teknikal.
          Sekolah Kebangsaan Telok Gong telah menjadi johan pertandingan kriket, tempat kedua Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi dan tempat ke tiga dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Batu Unjur. Syabas diucapakan kepada para pemenang. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang kejohanan berlangsung.

Terima kasih.

Tuesday 18 February 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKBU






           Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada 7 FEB 2014 yang lalu. Sambutan Maulidur Rasul ini telah dijalankan pada dua sesi pagi dan petang. Rasional program ini dijalankan untuk mengenang kembali sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W, sifat peribadi baginda, pengorbanan dan sebagainya yang mana dapat diterapkan ke dalam jiwa setiap warga SKBU supaya dapat mencontohi keperibadian baginda Muhammad S.A.W.
           Antara acara yang diadakan adalah perarakan, ceramah jemputan dan persembahan murid. Diharapkan murid-murid mendapat manfaat sepanjang program dijalankan.


Monday 20 January 2014

2014

Selamat menyambut Tahun Baru buat semua warga SKBU. Selamat datang juga kepada murid-murid tahun 1 2014. Aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah sepanjang  menjelang 2014 adalah mengadakan mesyuarat Pentadbir, Kurikulum, Hem dan Kokurikulum buat guru-guru. Sekolah juga mengadakan minggu Orentasi Pra Sekolah dan Minggu Transisi buat murid-murid tahun 1. Insyallah pada tahun ini pelbagai input menarik serta maklumat akan sentiasa dimasukkan di dalam laman web rasmi SK Batu Unjur.



Monday 23 September 2013

KEM WAJA DIRI SKBU 2013

    Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah mengadakan KEM WAJA DIRI 2013 bertempat di KEM Bayu Manis Bukit Kerayong pada 7&8 September 2013 yang lalu. Kem ini telah dihadiri seramai 60 orang murid SKBU dan 15 orang guru pembimbing.
    Program di bawah unit kokurikulum ini diadakan bertujuan membentuk jati diri pelajar disamping mengasah bakat kepimpinan dalam diri murid-murid. Untuk makluman semua, murid-murid yang menyertai kem ini terdiri dari murid-murid tahun 5 dan 6 ketua dan penolong kelas serta pengawas sekolah.
    Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya flying fox, wall climbing, night walk, aktiviti kumpulan, ihtiar hidup, persembahan kumpulan dan jungle trekking. Murid-murid sangat seronok sepanjang menjalani aktiviti yang telah disediakan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada unit kokurikulum di bawah bimbingan En Abd Rahman Bin Yaakob kerana dapat menjalankan aktiviti yang sangat berfaedah. 
    Semoga para peserta mendapat pelbagai manfaat sepanjang menyertai Kem Waja Diri SKBU 2013!























Friday 20 September 2013

    Pada minggu ini pihak sekolah sedang menjalankan program LINUS (Literasi & Numerasi) bagi murid tahun 1,2 dan 3. Program ini merupakan satu program pemulihan bagi memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas literasi (membaca&menulis) dan numerasi (mengira) sepanjang 3 tahun sesi persekolahan.
    Untuk makluman program LINUS ini termasuk di dalam sub NKRA iaitu setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Justeru pihak sekolah meminta semua guru dan ibu bapa berganding bahu untuk memastikan tiada murid-murid masih gagal untuk menguasai kemahiran asas yang telah dinyatakan. Jika guru berusaha di sekolah diharapkan  ibu bapa turut memantau perkembangan pembelajaran anak-anak di rumah. Pihak sekolah yakin dan percaya sekiranya usaha sama ini dijalankan insyallah murid-murid SKBU akan menguasai  kemahiran asas LITERASI & NUMERASI.

Monday 9 September 2013

UPSR

    Pihak sekolah mengucapkan selamat menduduki UPSR bagi murid-murid tahun 6 2013, semoga segala usaha yang telah dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru dapat memberi kecemerlangan kepada murid-murid SKBU khususnya. Justeru, sepanjang peperiksaan berjalan pihak sekolah mengadakan bacaan yassin memohon keberkatan supaya murid-murid dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan Insyallah.
    Untuk makluman juga sepanjang peperiksaan berlangsung, murid tahun 1-5 dikecualikan hadir ke sekolah (direhatkan) bagi melancarkan lagi perjalanan UPSR tahun 2013. Sama-samalah kita berdoa agar anak-anak kita dipermudahkan untuk menjawab soalan amin..


Sunday 8 September 2013

VLE FROG



Apakah itu 1BestariNet dan VLE Frog?

1BestariNet
1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. 

VLE Frog
Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Maklumat diperoleh dari laman portal Yes 1BestariNet.